BUSANA MUSLIMAH!!!
moden dan tradisional. Walaupun badan di klinik gigi, namun hati tetap di butik D'Safiyaa.
Allah berfirman:
"dan ingatlah kamu sama sekali tidak akan dapat menentukan kemahuan kamu mengenai
sesuatu pun, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara
dan mentadbirkan seluruh alam". (At-Takwir 81:29)
Saban hari bekerja sebagai Dr Gigi di klinik yang menuntut saya untuk berhadapan dengan pelbagai jenis golongan masyarakat.Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pengalaman berjumpa dengan golongan masyarakat ini telah menghadiahkan saya ilham-ilham yang disampaikan Allah melalui insan-insan yang saya rawat.
Dakwah saya yang saya rasakan yang utama semasa membuka klinik gigi adalah untuk memenuhi fardu kifayah dengan membantu masyarakat pergi ke klinik yang mana rata-rata stafnya beragama Islam dan menutup aurat.Hakikatnya tujuan kita di muka bumi ini adalah sebagai Khalifah. Namun tanpa saya sedari, saya terlupa dakwah kepada pesakit Islam yang bertandang ke klinik saya . Terdapat segelintir pesakit yang berkunjung ke klinik gigi saya yang masih tidak sempurna pakaian yang perlu menutup bahagian-bahagian yang sepatutnya, yang mematuhi syariat agama Islam. Dalam saya memikirkan cara untuk saya berdakwah kepada golongan ini, idea untuk membuka butik busana muslimah mula singgah dalam benak fikiran saya. taraaa!!!
No comments:
Post a Comment